17 Februari 2010

Dalam angan ku..



Diriku bertanya pada sang hati,
kenapakah terasa hatiku gemuruh..
lalu ku tanya sang fikiran,
apakah yang menganggu anganku..

Tak dapat ku pejamkan mata,
dirimu tetap tidur terlena..
telingaku berdengung di penuhi suara hati,
dirimu tetap terbuai mimpi..

Dalam angan lena ku,
diri mu sering muncul dalam angan ku..
kenapakah engkau saja di fikiran ku,
mungkin kerana ku takut kehilangan mu..