29 November 2008

Di Kala..















Ku tiup angin,
terhentinya waktu..
ku hembus bayu,
hilanglah cahaya..
Masa berlalu menjadi biru,
ingin berjumpa kegelapan bayang..

Dudukku terlena dibuai khayalanku,
terciptanya cerita didunia nyata..
Dosa dan pahala tidak sekata,
mula berkerja mencari nama..

Ku sentuh lautan,
mencari kenangan..
Ku tanya awan,
dimana impian..
Pagi hadir menanti dugaan,
menerangi dunia memberi harapan..

24 November 2008

Seusia Cinta.


















Seusia cinta takkan mati,
menghitung hayat bukannya abadi..
Seusia rindu miliki waktu,
mengisi ruang dalam kesepian..

Seusia cinta takkan mati,
kekal menyinari puisi hati..
Seusia kasih miliki perasaan,
terbang tinggi seindah kata..

Seusia cinta bukannya abadi,
ungkapan hati rasa dilema..
Seusia sayang nikmati cinta,
takkan mati buat selamanya..

Satu Keindahan.




















Inginku capai keindahan,
inginku sentuh rasa cinta..
Dirimu umpama kebahagiaan,
membawa terbang kepedihan..

Senyum mu memberi kerinduan,
hilang tangisku mencari kesetiaan..
Dirimu satu kecantikan,
merenungi rasa keselesaan..

Oh! Siang,
angankanlah diriku tentangnya..
Wahai Sang Malam,
hadirkanlah dia dalam mimpiku..

Tertidur ku terbuai,
dihanyuti oleh anganku..
Terbawa keindahan mimpi,
mendampingi cinta sejatiku..

Inginku kenali jiwamu,
inginku capai rasa rinduku..
Andai tak tercapai,
biarlahku hidup dalam anganku..

21 November 2008















Cahaya dan kegelapan jalan mana yang kau pilih,
keamanan dan kejahilan tiada bezanya..
dunia gelap kerana dirinya,
kejahilan tiba kerana adatnya..

Dunia terang milik siapa?
sukar dicapai sukar digapai..
Bagai hidup ditengah-tengah,
mencari keamanan mahupun kejahilan..

18 November 2008

Terciptanya cinta dari sebuah nama.


Cintaku tanya,
rinduku beri..
di dalam mimpi,
di alam realiti..
ku tanya hati,
ku tanya mimpi,
keindahan nama terpahat di hati..

Kebahagiaan hati menyinari perasaan,
menyinari rindu,
meyinari cinta..
hadirnya rindu kerana cinta,
terciptanya cinta dari sebuah nama..


16 November 2008

Makanan Ularku.


Katak oh katak...
di mana engkau katak?
Ku cari-cari dimana menghilangnya kau katak..
hmm..
di kiri,
di kanan,
di depan,
di belakang,
mahupun atas dan bawah..
alaihai katak..
Ular yang ku bela pun sudah lapar..
balik lah kau katak..